}

Bersangka-Sangka

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v



Manusia hari ini suka bersangka-sangka 
Ada sangkaan yang baik .. Ada juga sangkaan buruk

Orang beribadah disangka riak 
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk - nunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk @ buat suntikan 'botox'
Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu, yang diam itu kerana sedang berzikir kepada Allah...
Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah...
Mana tahu, yang masam itu sedang mengenangkan dosa dan kesalahan...
Mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya...
Mana tahu, yang ceria itu kerana cergas pemikirannya...

Jauhi sikap bersangka - sangka kerana ia bakal merosakkan dan memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu yang dimakan api. Sesuatu benda yang kita lihat, macam macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan mentafsirnya.

Credit : My mom 


♥ Thank you usha entry diatas ! Like lah kalau suka ♥ !

2 comments:

Unknown said...

Absolute Right. Very nice posting

Dayah Danisha said...

@gatot permana hee.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
footer