}

Burung buat konsert tak berbayar

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v

Gambar dan asal usul burung memekak yang selalu buat konsert tak berbayar tu
 hampa boleh dengaq kicauannya sampai 1KM.
Pernah dak hampa dengaq burung ini berkicau sangat kuat dan mesti tertanya tanya apakah nama dan bagaimana rupa burung nie kan??

Pada zaman dahulu kalau burung ini memanggil atau berbunyi kuat di waktu malam, orang tua -tua berkata ada petanda buruk akan berlaku. Tapi di masa kini jarang sekali kedengaran ramalan ini. Sebab malam kita mana dengar dah. Pagi-pagi kul 8-9 pagi mesti bunyi punya..

BURUNG TUWU

Burung tuwu atau asian koel atau nama saintifiknya, Eudynamys scolopaceus daripada famili Cuculidae adalah burung tempatan. Ia juga terdapat di beberapa negara Asia lain termasuk India dan China. Burung dewasa jantan spesis ini bersaiz antara 39-46cm. Musim membiak bagi burung tuwu di Asia Tenggara adalah di antara Mac hingga Ogos).

Sewaktu musim membiak, burung tuwu jantan akan berbunyi tanpa henti dari pagi sehingga senja sebagai panggilan untuk menarik perhatian pasangan. Burung tuwu betina berwarna kelabu dan berbintik putih pada kesuluruhan bahagian badan. Spesis ini mempunyai reputasi yang kurang baik, iaitu bersifat parasit. Semasa musim bertelur, ia akan menggunakan sarang yang dibina oleh spesis burung lain. Ia akan memakan telur burung dalam sarang yang dipilih dan burung tuwu betina akan bertelur sebagai ganti. Telur burung tuwu akan dieram oleh burung asal *pemilik sarang sehingga menetas. Dan selepas itu mereka mengambil alih tugas untuk menjaga anak. Satu taktik yang bijak tetapi agak sadis.

Burung tuwu jantan akan mengeluarkan bunyi, koo-ooo ..koo-ooo dengan kuat, nyaring dan berulang-ulang dari pagi(waktu Subuh) sehingga senja..


Kicauan burung tuwu yang anda boleh dengar melalui video di bawah. Kicauan kuat daripada burung ini boleh didengari sampai jarak 1 km.



Bunyi pun macam nama dia je .. koo-ooo  TUWU


♥ Thank you usha entry diatas ! Like lah kalau suka ♥ !

4 comments:

Anonymous said...

lissa suka dengar burung nii karaoke pagi2., ehhehe >.<

Cik Tanpa Nama said...

tu maknanya dia suruh bangun pagi..ngeeee

Dayah Danisha said...

@Lissa LaLissa Dayah suka jugak .. asa nyaman .. hehee

Dayah Danisha said...

@Cik Tanpa Nama hehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
footer