Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”.
Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi.
Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah.
Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day.
Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’.
Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut.
Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih.
Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Perayaan ini walaupun kelihatan macam tak ada apa-apa, setakat beri bunga, tapi sebenarnya ia beri impak yang buruk pada akidah kita, umat Islam. Selaras dengan apa yang nabi dah kata, kita sambut, atau kita tiru apa-apa yang dibuat oleh satu kaum, maka kita dah jadi sama dengan kaum tersebut.
Kalau kaum tu kafir, maknanya kita pun dah ikut kafir la.
Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak.
Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”
Jadi para pengunjung blog sekalian, jangan nak mengada-ngada sambut hari valentine’s pada 14 Februari ni okay.
Wallahua’lam...