}

Throw back 2013

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v

Esok 1/1/2014 adalah tahun baru dan pagi ni hari terakhir bagi 2013 . Pejam celik, pejam, celik dah nak masuk 2014 . Masa terlalu cepat berlalu . 



Banyak cerita nak dicerita tapi nak dicerita semua , memang tak rr. Korang kena tengok entry3 lama aku lah. Terpaksa la aku hadkan segala cerita. Jenuh aku nak cerita semua kan. Ni aku just imbas lalu je.  

Sedar tak sedar kita hampir dengan 2014, pantas sangat masa berlalu. rasa baru semalam aku rasa kecewa, gembira, teruja, sakit and so on rupanya dh lama. syukur Alhamdulilah, masih teguh aku lawan segala anasir walaupun banyak kali di bahas.

Tahun 2013, banyak beri aku pengalaman yg baru sebagai seorang yang baru meningkat remaja. aku bersyukur, Allah masih membuka pintu rezeki aku, masih lagi buka pintu hati aku untuk terus kuat, dan terus berubah. 

Sepanjang tahun ini, aku jalani hidup dengan penuh perasaan campur baur diadun rapi, indahnya rasa nikmat Allah. hilang satu Dia ganti lipat kali ganda, siapa sangka lidi dh jadi nangka *ada kaitankah? :3

Disini aku amat berterima kasih kepada keluarga, kengkawan lama serta baru, mereka lah yg sentiasa ada bersama dengan aku masa susah atau senang. Teringat time aku nageh , member cover dengan tutup beg kad muka aku. Haha! terasa indah time tu

  
  
        



Moment antara aku dengan member3 aku yang baru mahupun yang lama . Terima kasih , sebab sanggup kesat airmata aku .Terima kasih kawan kawan, sebab mahu kawan dengan aku walaupun aku tahu aku tak prefect macam orang lain . Terima kasih aku ucapkan, pada sesiapa sahaja, kenal mahupun tidak. Mendengar segala coleteh , berleter dengan aku. Terima kasih Allah, sentiasa menemani ku . Terima kasih mak ayah, sentiasa doakan , sokongan, dan beri dorongan kepada aku berubah menjadi lebih baik dari sebelum ni .

Pendek kata terima kasih untuk segala-galanya . Maafkan aku jika terkasar bahasa, termarah , tercubit , tertampar, terterajang , buleh kata semua ter , ter lah. Mintaa maaf sesangat . Bak kata orang "ambil yang jernih , buang yang kotor" . Nabi pun maafkan umatnya , tambahlah kita kan .

*Teringat time duk tengah drive kereta . Sempat lagi mak snap .:3 



Kejutkan orang liat bangun

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v



Tips ini khas untuk orang yang liat bangun walaupun matahari dah terpancak atas kepala...
  1.  Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil nama dia perlahan2
  2.  Sentuh bahu orang yang tidur tu dan goyangkan perlahan lahan sambil panggil nama dia...
  3.  Renjis air kat muka dia...
  4.  Tampar tampar manja pipi dia..
  5.  Tutup kipas/air cond
Tapi kalau still tak ada effect,
  1.  Jerit nama dia sekuat hati...
  2.  Gigit ibu jari kaki dia, macam hantu toyol gigit
  3.  Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam dan stokin busuk korang
  4.  Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
  5.  Goyang badan dia kuat - kuat dan jerit 'tsunami!' tsunami!
Tapi kalau still tak ada effect gak,
  1.  Pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak - banyak kali...
  2.  Pergi dekat dengan dia dan baca je surah Yaasin!
Tapi kalau still tak ada effect gak...Ni je la cara terakhir
  1.  Panggil je orang masjid atau surau untuk uruskan...kerana Tuhan lebih menyayanginya...Innalillahi wa inna ilaihi roji un...
C : Pasti berkesan . In sha allah . Heheee.. 


Lelaki buncit selepas kahwin

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v

Ini adalah fakta kenapa lelaki buncit selepas kahwin.




  • Lelaki yang dah kahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon yang membuatkan perut senang buncit.
  • Bila ade sexual intercourse, orgasm & etc kelenjar pituari kat otak akan merembes hormon yang encourage cell growth.
  •  Lepas kahwin, selalu ada sexual activities. Kadar testosteron menurun masa air mani keluar akan menyebabkan kadar metabolisme menurun. Sebab tu perut senang buncit sebab badan susah nak bakar lemak/kalori.
  • Hormon estrogen (pengumpul lemak) yang tinggi dalam badan yang merosakkan hormon testosteron. Kurang hormon testosteron, muscle produced akan berkurang.


Baru lah aku tahu kenapa lelaki buncit selepas kahwin. Ingatkan mereka ni senang hati. Ye la, balik rumah je si isteri dah siapkan makanan. Lagi satu tak perlu jaga body. Kan dah kahwin. Dulu sebelum nak kahwin kena control badan. Sekarang tak perlu lagi.

Dia Kembali ke Rahmatullah

Assalamualaikum 
Peacee Yo(!) ^_^v

Kisah ni terjadi kad anak kawan tok . Aku pun dengar cerita dari pak andak aku kemarin dulu . Kemarin dulu anak mak/pak menakan , cousin-cousin semua pakat pegi mandi air terjun kad titi ayun. Masa dok picnik tu , pak andak buka mulut cerita pasal ni.

Kisah nya , seorang budak perempuan , Anis (Nama contoh) ni umur dia 17 tahun ertinya form 5 la kan. Dia tak pandai bawa motor *macam ngan aku :3 . Sepatutnya dah pandai dah sebab cousin aku yang umur 9tahun pun dah pandai bawa motor . Besa lah dok dikampung mak pak ta marh , tak larang . Polis pun kawal tak ketat . Yang aku ni jelouse  dah umur 16tahun pun mak still tak bagi bawa motor . Lesen mototataw lah mak nak bagi amek ke dak . Dok pekan tu bahaya sikit . Mak kata lah .. *OPS! terkeluar cerita .

Anis ni dah tak pandai bawa motor ayah dia syorkan diri nak ajar Anis bawa . Anis pun ok je lah kan . Masa Anis bawa tu , ayah dia duduk belakang la kan , Anis terpulas minyak bagi deras pastu ayah dia tak leh buat apa , terpelanting dua beranak tu . Tapi anis dengan ayah dia terpelanting di tempat berbeza . Ayahnya di tepi bahu jalan , yang anis tu pelanting dekat jalan raya . 

Tut tutt ambulan mai , sebabnya Anis mati ditempat kejadian . Anis digilis dengan lori . inna lillahi wa inna ilaihi rajiun . Mati tak mengenal usia. Dia juga tak kisah di mana. Yang penting bila waktunya tiba, sesaat pun takkan dapat dilewatkan mahupun dipercepatkan.

Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa Anis dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga roh Anis dicucuri rahmat .

AL FATIHAH


p/s: Selalulah bertaubat. Perbanyakkan amalan soleh. Ya Allah! Aku memohon Husnul Khotimah daripada-Mu...

Bersangka-sangka part 2

Assalamualaikum  
Peacee Yo(!) ^_^v

Manusia suka bersangka-sangka tak caya tengok ni " Bersangka-sangka " part 1

Ada perempuan upload gambar pakai kain sembahyang
Gambar yang susah dilihat zaman sekarang
Niatnya nak ingatkan tiang agama lima batang
Tapi ada orang komen panjang-panjang
Katanya nak buat baik tak elok tayang

Ada lelaki upload gambar tunjuk badan
Six pack dia aku rasa sampai lapan
Niatnya promosi protein untuk jadi jantan
Tapi ada orang kata dia ubah ciptaan Tuhan
Lalu timbul pertengkaran

Ada perempuan upload gambar seksi
Baju ketat rambut warna warni
Niatnya nak tayang aset diri
Tapi ramai pula orang yang puji
Biasalah lelaki

Ada lelaki upload gambar dengan kereta
Kereta baru beli berkilauan warna
Itu habuan penat lelah dia bekerja
Tapi ada orang kata tak baik berbangga
Mungkin yang mengata itu cemburu buta

Ada perempuan upload gambar dia berhijrah
Bertudung labuh dan berjubah
Tiada lagi gambar yang nampak lurah
Tapi masih ada yang fitnah sumpah seranah
Manusia dari dulu tak pernah berubah

Ada orang kata hidup ini misteri
Orang tak ingat kalau kau buat baik seribu kali
Bila kau buat jahat sekali orang ingat sampai mati
Tapi aku rasa hidup ini macam main judi
Kita buat apa orang tetap tak puas hati

ps : Tak ada orang yang dapat puaskan hati semua orang

Keindahan Matematik

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v

Keindahan Matematik. Jom kaji sama-sama . Sediakan kalkalator cepat . hehee.

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

...

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

...

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 123456789876543­21

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%? Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%? Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%? Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100% Bagaimana nak MENCAPAI 101%? Apakah nilai 100% dalam hidup? Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNO­PQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+­18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21­+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

C/S: Jom pakat sharing . ^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
footer