}

Jom usha entry ini

Dinosour asal daripada babi dan ular

Assalamualaikum ♥ 
Peacee Yo(!) ^_^v

Aku nak cerita asal usul kejadian dinosour .
Dinosour ni sebenar berasal daripada babi di campur dengan ular !! 
Ops ! kasar sangat kod . Hee.. Pembetulan kinzir .. :P
Tak caya ka ? Nak bukti ? Nak tengok ne .. Lepas tengok jangan marah dekat aku nahh ! 

1



2



3




Hahaa ! anda terkena :P .. hehee.. tak dak pasai kinzir dengan ular jadi dinosour .. Jangan caya semua ne .. Ne semua karut ...



Tips : Rambut cepat panjang

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v

Dulu orang selalu tanya camne aku boleh simpan rambut panjang dalam masa singkat. Tapi masa tu aku hanya bagi jawapan simpan dan jangan potong. Kalau potong jadi pendek la kan. Hahaha. So sekarang aku kongsi tips-tips yang aku guna untuk mempercepatkan rambut panjang.


   


Pertama. Minum seberapa banyak air yang boleh. Selain mempercepatkan rambut tumbuh ia turut membuatkan rambut lebih segar dan tak kering.



Kedua. Makan makanan bernutrien. Kalau taknak makan pun pastikan anda selalu minum air soya sebab soya turut mempercepatkan rambut tumbuh.



Ketiga. Sentiasa basuh rambut anda. Tak perlu ke salon. Buat sendiri je kat rumah. Kalau boleh basuh dulu dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Elakkan air terlampau panas sebab boleh merosakkan sel dalam rambut.



Keempat. Jangan guna hair dryer. 'Blow' rambut hanya akan merosakkan rambut anda. Biarkan rambut anda kering dengan sendiri.



Kelima. Jangan 'dye' atau warnakan rambut. Kalau nak 'dye' jugak, tunggu sehingga rambut anda panjang seperti yang anda inginkan.



Keenam. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Yang ni paling susah.



Ketujuh. Kurangkan kopi, alkohol dan rokok.



Perhatian!! 'Blow' dan 'dye' membuatkan rambut lebih cepat rosak.

Sekian ...


Gemuk atau kurus ?

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v



Kebanyakkan zaman sekarang ramai perempuan yang inginkan berbadan kurus . Sampaikan tak makan kes nak kuruskan badan *bersukan tak nak pulak . Kenapa perlu kurus ? Ada aku ternampak post di Facebook
yang berbunyi " kurus nak tarik perhatian lelaki atau anjing ? " . Perhh ! ayat bukan main lagi . 

Bagi aku , aku lebih sukakan gemuk dari kurus . Kenapa , apakah , bagaimana ? Pelbagai soalan yang bermain diminda . Punca aku suka gemuk kes aku suka dipeluk ! Aku dipeluk oleh orang² yang muhrim sahaja . Yang bukan muhrim , kaki sampai ke muka kod . 



Dulu time aku darjah 3 *tak silap aku lah berat badan aku 50kilo ! Tak caya ? Hahaa.. Dulu time kecik aku kuat minum susu botol bukan susu yang dalam gelas . Aku tak reti nak minum dalam gelas rasa lain . Hehee. Time aku gemuk dulu aku cousin *girl aku suka pelok bila aku gi tidor rumah diorang . Memang best tambah² bila time hujan .. Fuhh ! 

Tapi sekarang ni aku makin kurus ! Kenapa ? Kenapa ?! Sedih .. Cousin semua tak nak pelok aku dah . Diorang kata bila pelok ja rasa tulang ! Nahai .. Sedih kod . Bila aku tidor atas toto yang nipis sakit pinggang kena tulang . Dulu time gemuk tak dak pulak rasa sakit pinggang.

Sekarang cousin , kawan mak , pak/mak menakan dengan kawan aku pakat tanya " macam mana hang boleh kuquih ? Kongsi la tips sikit .. " lebih kurang ayat tu lah . Alahai , aku tak dak tips tapi meh aku cerita camna aku boleh kurus.

Aku mula kurus start form 1 sejak aku tak minum susu dah . Aku time tu kurus mendadak . Dulu aku sekolah di SMKAH *ayer hitam . Bilangan pelajar sekolah tu mencecah 1+++ . Terlalu ramai pelajar , pihak sekolah buat sesi pagi dengan sesi petang . 

Masa form 1 hingga form 3 sesi sebelah petang . Start belajar pukul 1.30ptg tapi aku pegi sekolah pukul 11.30pg sebab aku naik Bas Chai . Pagi sebelum pegi sekolah tu kadang tak sarapan dah , nak strika baju lah , buat kerja kolah yang tertunda la . Mana sempat . 

Rehat pulak pukul 3.20 kod tak silap .Waktu tu baru nak makan ! Macam mana tak kurus mendadak dalam sehari tu pukul 3.20ptg baru nak makan . Selama tiga tahun rutin aku lagu tu . Masuk form 4 pindah sekolah gi SMKM *mergong . 


Berat badan aku sekarang ne 45kilo stabil dengan ketinggian aku yang pendekk ! Lagi pun orang kata gemuk tu sihat kurus tu tak bermakna sakit . Lagipun kalau kurus sampai nampak tulang tu menarik perhatian anjing namanya . Tak elok lah kalau kurus sangat , melayang kang jadi wau pulak . Har , sudah !

Ok , setakat itu sahaja post aku kali ne . Jam pukul 6 pagi . Masih awai lagi , nak lena sekejap . Hehee.. Goodnigth reader .. Assalamua'alaikun .. Zzzz...






Segmen Topup By Emas Putih Part #3

Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v



Segmen Topup by Emas Putih Part #3
Klik banner di atas kalau nak join.

Ada 40 x Topup RM5 untuk dimenangi !!
Tarikh tamat : 23 Jun 2013

Bukti Dayah dah voted 

*If tak nampak klik untuk tumbuhbesaranya

Hope sangat menang .. Amin..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
footer