}

Jom usha entry ini

Remaja hilang di Villa Nabila terjawab

Views
Assalamualaikum
Peacee Yo(!) ^_^v

Sejak beberapa hari ini kecoh di laman sosial mengenai kononnya seorang remaja “Hilang di Villa Nabila”. Berita ini tersebar luas di media termasuk di Buletin Utama TV3 semalam(18/11/2013). Kes remaja bernama Mohd Izzat Izuddin Hussin yang dilaporkan hilang sabtu lalu disebarkan di media massa kerana ada laporan polis di buat oleh ibu mangsa.



Ada juga pihak yang membuat andaian dan pendapat bahawa remaja itu disorok oleh makhluk halus yang berada di Villa Nabila. Bagaimanapun semua andaian dan pendapat itu tidak boleh dipakai kerana tiada bukti sahih 100%. Semua pihak boleh membuat andaian tetapi tanpa bukti yang kukuh kita tidak boleh mempercayainya 100%.





Terbaru melalui sumber yang boleh dipercayai iaitu blog Mazidul Akmal(Wartawan TV3) telah melaporkan bahawa remaja yang dilaporkan hilang di Villa Nabila sudah ditermui awal pagi tadi.  Remaja, Izzat Izuddin Hussin telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru selepas tengah malam tadi. Remaja berkenaan bersama dua rakan lelaki dan perempuan dirakamkan kenyataan di Balai Polis Bandar Dato’ Onn.





Izzat yang sebelum ini memasuki Villa Nabila dikatakan membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya. Setelah Buletin Utama menyiarkan berita mengenai kehilangan remaja itu, orang awam yang tinggal di Flat Desa Mutiara  telah menyalurkan maklumat kepada pihak polis.



P/S: Satu Malaysia ditipu dengan permainan budak ni. -,-
sumber : google


♥ Thank you usha entry diatas ! Like lah kalau suka ♥ !

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

propa satu malaysia tu pasal kes budak ni hilang...

Dayah Danisha said...

@Farah Waheda Wahid ahaks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
footer