}

Jom usha entry ini

Minta fake relay boleh?

Views
Assalamualaikum  
Peacee Yo(!) ^_^v

Semalam aku on facebook . Tertiba jumpa status member A . Agak terkejut jugak lah , sebelum jumpa status member A aku ada terserempak dengan status member B . Status member B : "Nak fake relay satu bule?" .  Fake relationship yang sebetulnya dan diringkas menjadi fake relay. 



Status member A memang ada  kena mengena dengan status member B . Suatu kebetulan ? Daripada aku dok pot pet korang baca kad gambar bawah ni . Kalau tulisan dia agak kecik , jenuh nak zoom banyak kali , scroll je bawah aku copy paste balik apa yang dia tulis . 



Adik-adik mohon baca,walaupun panjang tapi banyak isi tersirat
Ramainya adik-adik aku yang membuat status: "Nak fake relay satu boleh?" "Siapa nak couple dengan saya?" "Nak pakwe satu! Anyone?" "Still single. Who want to be my couple?"

Setiap kali 'abang' baca status adik-adik, abang selalu buat mimik muka abang sewaktu abang buka penutup jamban di tandas awam. Bila orang cakap adik murah, adik selalu cakap, "kau bukan Tuhan nak judge2 orang." Bila orang cakap adik gedik, adik selalu cakap, "setiap orang buat dosa. kau pun bukan perfect sangat." Bila orang burukkan adik, adik selalu cakap, "please don't bash me. setiap orang ada cerita masing-masing. aku tak pernah sebarkan aib orang. kau tahu tak berdosa bila sebarkan aib orang?"

Hakikatnya, walau apa jua pun ceritanya, adik tetap bersalah dalam hal ini. Adik tawarkan diri untok couple dengan orang lain? Tahukah adik pekerjaan apa yang serupa dengan perbuatan adik itu? PELACUR. Pelacur sahaja yang meminta-minta maruahnya dirobek. Malah, adik buat lebih teruk daripada pelacur. Pelacur tak meminta-minta di Facebook. Kalau adik ada 2000 friends di Facebook,maknanya adik meminta-minta kepada 2000 orang untok maruah adik digadai.

Adik ingat,bila adik buat benda tu, orang akan kata adik hot ke? Atau adik rasa, adik akan dapat pasangan terbaik ke? TIDAK. Orang akan mengata adik dan orang akan sentiasa memandang rendah terhadap adik. Pasangan yang akan couple dengan adik bukan orang yang baik, kerana orang yang baik takkan suka perempuan murah. Sedangkan orang yang kurang baik pun tak nak perempuan murah, apatah lagilah orang baik ye tak?

Orang akan memandang rendah terhadap adik. Orang cakap adik murah, orang cakap adik desperate, orang cakap adik poyo, orang cakap adik jahat. Lepas tu adik kata mereka suka judge orang kan? Padahal dik, adik sendiri yang buat orang judge adik. Kalau adik tak buat, orang tak judge. Kalau adik tak buat, orang takkan keji. Adik jangan salahkan orang. Salahkan diri sendiri. Buruk sangat perangai tu, dik. Bila adik sunyi, couple bukan penyelesaian. Adik ada mak ayah. Kalau tiada, adik ada kawan-kawan. Kalau tiada, adik ada orang sekeliling. Kalau adik tiada sesiapa, adik jadilah orang yang soleh dan solehah kerana Allah sentiasa ada untok adik. Perangai yang buruk, ibarat tahi.

Meminta-minta couple kepada orang itu adalah perbuatan buruk. Meminta-minta couple kepada orang dikhalayak ramai, maka berlonggok-longgok tahi dicampak ke seluruh badan adik. Bila orang kata adik busuk, adik marah orang tu. Apa yang adik buat, sebenarnya adik perlu bersihkan semula tahi itu.

Cara membersihkannya adalah dengan taubat dan tidak mengulangi perbuatan itu. Adik, perjalanan maseh jauh. Di universiti,di tempat kerja, di mana-mana yang adik akan berada, ramai lagi peneman sunyi adik. Kita nak couple, kena pastikan kita dah confirm nak kahwin dengan orang tu. Kalau setakat nak couple dua tiga bulan lepas tu clash, buang masa sahaja. Dahlah duit topup mak ayah bagi. Ingat sebelum terkena.

P/S : Peringatan buat diri aku dan juga korang ^^


♥ Thank you usha entry diatas ! Like lah kalau suka ♥ !

8 comments:

Adam Faiz said...

Tudiaa,sentap habis ayat.btw nice sharing =D

Nurul Farahizzati said...

first time dengar fake relay... ingatkan relay apa.. memang la manusia ni tak reti duk diam, apa yang kita buat, semuanya nak dipersoal.. tapi, kalau yang kita buat tu,benda baik, tak kisahlah org nk ckp apa, yang penting Allah terima tak apa yg kita buat... BUT! bila orang buat benda2 macam ni, manusia mana takkan mengata, manusia mana takkan mengucap panjang... kepada adik2 yang masih bersekolah, tumpukan jela perhatian kepada pelajaran.. nanti dah masuk U, berduyun lelaki yang ada.. bukan setakat fake relay... terpaksa rely untuk in relationship... hihihi... btw, suka la baca nasihat brother tu... apa yang dia cakap, tak ada yang salah... :)

Dayah Danisha said...

@Adam Faiz Haha, Terbaik kan ? :D

Dayah Danisha said...

@Nurul Farahizzati First time dengar? hahaa.. a'ah betul tu . Sama3 lah kita ambil petikan ni jadi pengajaran hidup kita

asyrafmohdali said...

Ingatkan geganti ciplak dari china fake relay tu.. relay kereta,moto,tv.. fake relay rpnyer fake relationship..haha

asyrafmohdali said...

Ingatkan geganti palsu made in china.. rupernye fake relay tu fake relationship..haha.. patut sorg2 yg nk fake relay tu melenting bile ak komen letak gmbr relay..

asyrafmohdali said...

Ingatkan geganti ciplak dari china fake relay tu.. relay kereta,moto,tv.. fake relay rpnyer fake relationship..haha

Dayah Danisha said...

@asyrafmohdali Haha , sabo jela .. hehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
footer